6/07/2011

JIHAD MENURUT AL-QURAN

PENGERTIAN perjuangan dalam Islam ialah menyeru dan
mengusahakan kedamaian dan memberi jaminan keselamatan. Kecuali At-
Taubah semua surah bermula dengan Basmallah yang menjulang dua asma
(nama atau sifat) Allah iaitu Ar-Rahman dan Ar-Rahim (bermakna Maha Pemurah
lagi Maha Mengasihani).
Al-Quran menampung mesej betapa Allah swt amat mengasihani seluruh
makhluknya. Tetapi Manusia adalah ciptaan khas Allah swt kerana ia saja yang
sanggup menerima wahyu-Nya (kitab sucinya) dan menjadi khalifah (pentadbir
dan pengamanah di muka bumi).
Antara maksud Islam ialah penyerahan dengan seluruh jiwa raga kepada
Allah swt. Salah satu sifat Allah swt ialah As-Salam yang bermakna damai dan
selamat. Jadi sebagai hamba Allah, orang Islam menampilkan suasana damai
dan selamat untuk seluruh kemanusiaan.
Allah memerintah Muslim mengerjakan amar maaruf nahi munkar
(mengamalkan serta menyuruh kepada kebaikan dan menjauhi serta mencegah
kekejian). Untuk melaksanakan tugas ini dengan bersungguh-sungguh, maka
Islam menampilkan konsep 'jihad'.
Jihad berasal dari kata kerja 'jahada' yang bererti gigih berusaha dengan
sepenuh jiwa raga sehingga mencapai matlamat jaya di jalan Allah (fi sabilillah).
Dalam Al-Quran, pengertian jihad amat luas; dari usaha luaran sehingga
batin, dari usaha untuk keluarga, masyarakat dan negara serta antarabangsa
yang mengarah kepada damai dan selamat.
Jadi, bagaimanakah jihad boleh dimaksudkan dengan pengganasan? Di
dalam al-Quran tidak pernah disebut mengenai agresi atau pencerobohan atau
pengganasan sebagai strategi umat Islam.

No comments:

Post a Comment