6/12/2011

Burdah

Imam Busairy amat disegani kerana penguasaan ilmu dan penulisan sehingga kerajaan dan Raja sendiri menghormati beliau. Namun nikmat sementara itu ditarik Allah menyebabkan beliau diserang penyakit lumpuh separuh badan. Doktor-doktor yang hebat tidak mampu mengubati penyakit beliau. Dalam kesakitan itu, beliau mengarang Qasidah-qasidah berkaitan Nabi s.a.w. dan sentiasa diulang-ulang oleh Imam Busairy.

Kemuncaknya apabila satu malam, Imam Busairy tertidur. Beliau telah bermimpi berjumpa Baginda s.a.w. dan melagukan Qasidah-Qasidah karangannya di hadapan Baginda s.a.w. . Nabi s.a.w. gembira dan menyukai Qasidahnya itu lantas mengusap muka Imam Busairy dan tempat lumpuh dengan kedua telapak tangan Baginda s.a.w. . Baginda s.a.w turut memakaikan Imam Busairy dengan Burdah Baginda s.a.w .

Sebaik sahaja Imam Busairy tersedar dari tidur, beliau mendapati dirinya sudah sembuh dari penyakit lumpuh. Lalu beliau menceritakan kisahnya kepada orang lain. Sejak saat itu, Qasidah Burdah karya Imam Busairy menjadi terkenal dan menjadi nasyid harian. Di Malaysia terdapat pelbagai individu dan kumpulan nasyid yang telah melagukan Qasidah Burdah ini.

Antara bait yang mungkin kita kenali :
" Maula ya solli wa sallim daaiman abadan a'la habibika khairil khalqi kullihim"
مولاي صلي و سلم دائما أبدا على حبيبك خير الخلق كلهم

Ada antara Ulama' yang berpendapat harus mempelajari qasidah ini bagi penuntut ilmu Islam bagi memupuk kecintaan kepada Rasulullah s.a.w.

Ya Allah, Kau rahmatilah roh-roh para wali-Mu, dan kau peliharalah para ulama' yang bekerja di jalan-Mu.

No comments:

Post a Comment