Pada suatu hari, sekumpulan golongan cerdik pandai
telah datang ke rumah Rabi'atul Adawiyah. Tujuan
mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji
beliau dengan pelbagai persoalan. Malah mereka telah
bersedia dengan satu persoalan yang menarik. Mereka
menaruh keyakinan yang tinggi, kerana selama ini
Rabi'atul Adawiyah tidak pernah ketandusan hujah.
"Wahai Rabi'atul Adawiyah, semua bentuk kebajikan
yang tinggi-tinggi telah dianugerahkan oleh Allah
kepada kaum lelaki, namun tidak kepada kaum wanita."
Ketua rombongan itu memulakan bicara.
"Buktinya?" Balas Rabi'atul Adawiyah.
"Buktinya ialah, mahkota kenabian dan Rasul telah
dianugerahkan kepada kaum lelaki.Malah mahkota
kebangsawanan juga dikurniakan kepada kaum lelaki.
Paling penting, tidak ada seorang wanita pun yang
telah diangkat menjadi Nabi atau Rasul, malah semuanya dari golongan lelaki." Jawab mereka pula dengan yakin.
"Memang betul pendapat tuan-tuan sekalian. Akan
tetapi harus diingat bahawa sejahat-jahat pangkat ada
pada kaum lelaki juga. Siapa yang mengagung-agungkan diri sendiri? Siapa yang begitu berani mendakwa dirinya sebagai Tuhan? Dan siapa pula yang berkata :
"Bukankah aku ni tuhanmu yang mulia?" Dengan tenang, Rabi'atul Adawiyah membalas hujah mereka sambil merujuk kepada Firaun dan Namrud.
Kemudian Rabi'atul Adawiyah menambah lagi, "Anggapan dan ucapan seperti itu tidak pernah keluar dari mulut seorang wanita. Malah semuanya ditimpakan kepada kaum lelaki."
Abang Im's
Assalamualaikum semua~!
6/17/2011
6/12/2011
Burdah
Imam Busairy amat disegani kerana penguasaan ilmu dan penulisan sehingga kerajaan dan Raja sendiri menghormati beliau. Namun nikmat sementara itu ditarik Allah menyebabkan beliau diserang penyakit lumpuh separuh badan. Doktor-doktor yang hebat tidak mampu mengubati penyakit beliau. Dalam kesakitan itu, beliau mengarang Qasidah-qasidah berkaitan Nabi s.a.w. dan sentiasa diulang-ulang oleh Imam Busairy.
Kemuncaknya apabila satu malam, Imam Busairy tertidur. Beliau telah bermimpi berjumpa Baginda s.a.w. dan melagukan Qasidah-Qasidah karangannya di hadapan Baginda s.a.w. . Nabi s.a.w. gembira dan menyukai Qasidahnya itu lantas mengusap muka Imam Busairy dan tempat lumpuh dengan kedua telapak tangan Baginda s.a.w. . Baginda s.a.w turut memakaikan Imam Busairy dengan Burdah Baginda s.a.w .
Sebaik sahaja Imam Busairy tersedar dari tidur, beliau mendapati dirinya sudah sembuh dari penyakit lumpuh. Lalu beliau menceritakan kisahnya kepada orang lain. Sejak saat itu, Qasidah Burdah karya Imam Busairy menjadi terkenal dan menjadi nasyid harian. Di Malaysia terdapat pelbagai individu dan kumpulan nasyid yang telah melagukan Qasidah Burdah ini.
Antara bait yang mungkin kita kenali :
Ada antara Ulama' yang berpendapat harus mempelajari qasidah ini bagi penuntut ilmu Islam bagi memupuk kecintaan kepada Rasulullah s.a.w.
Ya Allah, Kau rahmatilah roh-roh para wali-Mu, dan kau peliharalah para ulama' yang bekerja di jalan-Mu.

" Maula ya solli wa sallim daaiman abadan a'la habibika khairil khalqi kullihim"
مولاي صلي و سلم دائما أبدا على حبيبك خير الخلق كلهم
Ada antara Ulama' yang berpendapat harus mempelajari qasidah ini bagi penuntut ilmu Islam bagi memupuk kecintaan kepada Rasulullah s.a.w.
Ya Allah, Kau rahmatilah roh-roh para wali-Mu, dan kau peliharalah para ulama' yang bekerja di jalan-Mu.
6/11/2011
Masyarakat zaman sekarang menilai orang mengikut darjat, kuasa dan harta. Siapa yang mempunyai darjat yang tinggi, berkuasa dan berpengaruh serta kaya, maka dialah yang dipandang tinggi. Apa yang ada di dalam fikiran mereka ini? Kenapa mereka menilai seperti itu? Tidakkah mereka tahu, satu-satunya perkara yang membezakan manusia itu ialah Iman seseorang?
6/07/2011
JIHAD MENURUT AL-QURAN
PENGERTIAN perjuangan dalam Islam ialah menyeru dan
mengusahakan kedamaian dan memberi jaminan keselamatan. Kecuali At-
Taubah semua surah bermula dengan Basmallah yang menjulang dua asma
(nama atau sifat) Allah iaitu Ar-Rahman dan Ar-Rahim (bermakna Maha Pemurah
lagi Maha Mengasihani).
Al-Quran menampung mesej betapa Allah swt amat mengasihani seluruh
makhluknya. Tetapi Manusia adalah ciptaan khas Allah swt kerana ia saja yang
sanggup menerima wahyu-Nya (kitab sucinya) dan menjadi khalifah (pentadbir
dan pengamanah di muka bumi).
Antara maksud Islam ialah penyerahan dengan seluruh jiwa raga kepada
Allah swt. Salah satu sifat Allah swt ialah As-Salam yang bermakna damai dan
selamat. Jadi sebagai hamba Allah, orang Islam menampilkan suasana damai
dan selamat untuk seluruh kemanusiaan.
Allah memerintah Muslim mengerjakan amar maaruf nahi munkar
(mengamalkan serta menyuruh kepada kebaikan dan menjauhi serta mencegah
kekejian). Untuk melaksanakan tugas ini dengan bersungguh-sungguh, maka
Islam menampilkan konsep 'jihad'.
Jihad berasal dari kata kerja 'jahada' yang bererti gigih berusaha dengan
sepenuh jiwa raga sehingga mencapai matlamat jaya di jalan Allah (fi sabilillah).
Dalam Al-Quran, pengertian jihad amat luas; dari usaha luaran sehingga
batin, dari usaha untuk keluarga, masyarakat dan negara serta antarabangsa
yang mengarah kepada damai dan selamat.
Jadi, bagaimanakah jihad boleh dimaksudkan dengan pengganasan? Di
dalam al-Quran tidak pernah disebut mengenai agresi atau pencerobohan atau
pengganasan sebagai strategi umat Islam.

6/06/2011
Mazhab
Mazhab (مذهب) ialah bahagian pemikiran atau fiqah dalam Islam.
Dalam Islam sebenarnya ada banyak mazhab. Hal ini kerana ulama yang berkemampuan dari kalangan sahabat Nabi, tabiin dan tabi’ Al-Tabiin yang mempunyai cukup syarat dan keperluan berijtihad adalah ramai.
Bagaimanapun, mengikut pendapat ulama Sunni, mazhab muktabar yang boleh dibuat pendapat dan beramal untuk umum cuma empat mazhab, mengikut qaul yang rajih.
Bagi Islam Sunah, terdapat 4 mazhab iaitu Syafie, Maliki, Hanafi dan Hanbali. Keempat-empat mazhab ini mempunyai peraturan, kaedah dan panduan yang sempurna lagi lengkap yang ditulis oleh mereka dalam kitab masing-masing. Ia menjadi bahan tidak ternilai dalam perbendaharaan undang-undang Islam. Mazhab lain, tidak mempunyai kaedah cukup yang dibukukan untuk dijadikan panduan dalam bidang perundangan sebagaimana yang empat tadi. Umat Islam di Malaysia, Brunei, Filipina, Thailand dan Indonesia kebanyakannya mengikuti mazhab Syafie.
Bagi Islam Syiah pula, ada tiga mazhab utama iaitu Jaafari, Ismaili dan Zaidi.
SOALAN SAYA..KENAPA ADA BANYAK MAZHAB?
6/05/2011
Pendatang Zionis aniayai guru wanita Palestin
Jumaat, 03/06/2011 - Sekumpulan pendatang haram Zionis-Israel telah menganiyai seorang guru wanita rakyat Palestin. Guru itu tiba-tiba ditarik tangannya dan dipukul oleh kumpulan pendatang Zionis itu. Tidak lama kemudian, sekumpulan rakyat Palestin segera membantu dan menyelamatkan guru itu. Kejadian seperti ini semakin kerap apabila bertambahnya penempatan haram Yahudi.
Subscribe to:
Posts (Atom)